Mangsa vape terima transplan paru-paru

Remaja itu ketika dipindahkan ke Hospital Henry Ford di Detroit pada awal Oktober lalu.
Remaja itu ketika dipindahkan ke Hospital Henry Ford di Detroit pada awal Oktober lalu.
A
A
A

LANSING - Seorang remaja lelaki di Amerika Syarikat (AS) yang hampir menemui ajal kerana kesan rokok elektronik atau vape menjadi pesakit pertama menjalani prosedur pemindahan paru-paru.

Pengumuman itu dibuat Hospital Henry Ford sehari selepas Presiden Donald Trump memaklumkan beliau akan bertemu dengan wakil industri berikutan pentadbirannya kini mempertimbangkan untuk mengenakan peraturan baharu tentang impak vaping yang turut menyebabkan kematian.

"Dalam tempoh singkat, hidup remaja itu daripada seorang atlet yang sihat tubuh badan telah berubah akibat vape.

"Dia kini menjalani proses pemulihan yang panjang selepas menerima pemindahan dua paru-paru baharu," kata Pengarah Pembedahan Organ Toraks, Dr Hassan Nemeh dalam sidang media semalam yang diminta keluarga mangsa untuk mendedahkan kepada umum tentang kesan berbahaya tabiat vaping.

Pada 5 September lalu, remaja dari Michigan itu dimasukkan ke St John Hospital di Detroit dan didiagnos mengalami radang paru-paru dan mangsa dimasukkan tiub seminggu kemudian berikutan kesukaran untuk bernafas.

Menurut Dr Nemeh, dia dipindahkan ke Henry Ford pada awal Oktober dalam keadaan kritikal berikutan kerosakan paru-paru yang teruk dan dimasukkan dalam senarai utama untuk prosedur transplan tersebut yang dijalankan pada 15 Oktober lalu.

"Dia memberikan prognosis yang sangat baik," ujar beliau lagi.

Khamis lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan 2,051 kes kecederaan paru-paru disahkan manakala 39 kematian dipercayai akibat produk e-rokok. - Agensi

Artikel Berkaitan: