Dua maut, 12 selamat nahas lapan kenderaan

Anggota bomba menggunakan pemotong hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas berkenaan malam tadi.
Anggota bomba menggunakan pemotong hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas berkenaan malam tadi.
A
A
A

TAPAH - [DIKEMASKINI] Dua maut manakala 12 lagi mangsa terselamat dalam nahas membabitkan lapan kenderaan di KM317.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia merupakan seorang kanak-kanak lelaki dan seorang wanita.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bergegas ke lokasi kejadian selepas panggilan pada jam 10.50 malam.

“Kemalangan membabitkan empat lori, Perodua Axia, pacuan empat roda jenis Pajero, Honda Accord dan Perodua Myvi.

“Keseluruhan 14 mangsa terlibat iaitu sembilan lelaki dan tiga wanita dan dua kanak-kanak,” katanya.

Menurutnya, dua maut di tempat kejadian adalah kanak-kanak dalam kenderaan Pajero dan seorang wanita dalam Perodua Myvi.

"Kami turut menerima bantuan dari BBP Gopeng dan anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan pemotong hidraulik.

“Mangsa tercedera dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan lanjut manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Artikel Berkaitan: