Lima sekeluarga hilang tempat tinggal

Keadaan rumah yang terbakar malam tadi.
Keadaan rumah yang terbakar malam tadi.
A
A
A

MARANG - Lima sekeluarga hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka hangus dijilat api dalam kebakaran di Kampung Pak Madah, Bukit Payong malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Penolong Penguasa Bomba Khairul Azmi Ismail berkata, kejadian itu menyebabkan kediaman itu hangus namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 9.03 malam dan sampai di lokasi pada jam 9.20 malam.

Anggota bomba bertungkus-lumus melakukan pemadaman.
Anggota bomba bertungkus-lumus melakukan pemadaman.

“Apabila pihak bomba sampai, kediaman itu sudah 80 peratus terbakar. Kita berjaya kawal kebakaran selepas setengah jam dan mengambil masa satu jam setengah untuk proses pemadaman dan kawalan.

“Kediaman dua tingkat ini separuh kekal menyebabkan api mudah merebak. Bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat kerana kelima-lima penghuni tiada di rumah ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Jelasnya, seramai lapan anggota terlibat dalam operasi berkenaan iaitu dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai dan Kuala Terengganu.

Mengulas lanjut beliau berkata, kebakaran dipercayai bermula daripada bahagian dapur, namun pihaknya masih menjalankan siasatan dan jumlah kerugian masih dalam taksiran.

Artikel Berkaitan: