Johor catat kes kebakaran hutan, ladang tertinggi

DATUK RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD
DATUK RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,433 kes kebakaran melibatkan ladang dan hutan dicatatkan di seluruh negara pada Ogos dan September lepas dengan Johor merekodkan jumlah tertinggi iaitu 580 kes.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, Selangor mencatatkan kes kedua tertinggi dengan 226 kes, diikuti Sarawak (193) dan Sabah (179).

Beliau berkata, antara punca utama kebakaran adalah disebabkan kebakaran terbuka dilakukan petani-petani selain kecuaian.

“Pihak kementerian serta Jabatan Bomba dan Penyelamat berusaha memberi maklumat serta seminar kesedaran dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam bagi mengatasi masalah kebakaran ini,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) mengenai rekod kes kebakaran terbuka yang berlaku di ladang serta hutan di Malaysia pada Ogos dan September lalu serta langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan. - Bernama

Artikel Berkaitan: