X

Kindly register in order to view this article
!

'Kad sim percuma ditawar sebuah syarikat, bukan PH'

Karmaine (tiga dari kanan) menyampaikan ucapan kepada ahli jentera PH sewaktu mengadakan program ziarah rumah ke rumah di Serkat, Pontian hari ini.
A
A

PONTIAN - Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini menafikan terlibat dalam penawaran kad sim prabayar percuma seperti didakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebelum ini.

Karmaine berkata, program pemberian kad sim percuma kepada penduduk itu diadakan oleh sebuah syarikat bagi mempromosi produk ditawarkan mereka kepada penduduk.

Menurutnya, secara kebetulan program syarikat berkenaan berlangsung sama dengan program kempen pilihan raya anjuran pihaknya dan PH.

"Pasal dakwaan beri kad sim, program itu diadakan satu syarikat untuk promosi kad sim yang kebetulan diadakan bersekali program kita.

"Mereka ada di situ untuk promosi (produk mereka). Kita tidak terlibat," katanya kepada media sewaktu mengadakan program ziarah rumah ke rumah di Serkat di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan MCA membidas PH kerana memberi kad sim prabayar secara percuma semasa ceramah umum di Tenggayun, Pontian di sini baru-baru ini.

Menurut Ka Siong, pengacara majlis pada ceramah tersebut secara terbuka mengumumkan kepada hadirin supaya mengambil kad sim berkenaan di kaunter khas disediakan.

Mengenai dakwaan anggota jentera PH meminta salinan kad pengenalan daripada pengundi untuk tujuan memberi habuan, Karmaine menjelaskan, proses itu sebenarnya bertujuan melantik ahli parti menjadi jentera ejen mengundi, ejen pengira dan ejen Barong (Pacaba) di keseluruhan 27 pusat daerah mengundi di Parlimen Tanjung Piai.

"Untuk proses itu, memang kita kena daftar anggota Pacaba, jadi salinan kad pengenalan memang diperlukan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!