X

Kindly register in order to view this article
!

Kolumnis Sinar Harian meninggal dunia

Artikel terakhir yang ditulis Allahyarham Wan Haron Wan Hassan di ruangan cetusan di Sinar Harian Julai lalu.
A
A

SHAH ALAM – Kolumnis Sinar Harian, Wan Haron Wan Hassan, 67, meninggal dunia kira-kira jam1.30 pagi tadi selepas menderita akibat kanser.

Beliau yang juga seorang peguam kanan yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun merupakan penulis tetap di ruangan Bicara Hati sejak setahun lalu.

Allahyarham juga aktif dalam dunia politik dan pernah memegang jawatan sebagai bendahari UMNO Bahagian Kota Bharu sejak tahun 2004 hingga 2008.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pertama Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol, Kota Bharu.

Walaupun sibuk menjalani rawatan di hospital, namun Allahyarham masih aktif menulis.

Kali terakhir beliau menulis di kolum Sinar Harian pada penghujung Julai lalu dengan artikel bertajuk ‘Jangan Taksub Pemimpin’.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22 selepas solat Zohor.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf