Liverpool luar biasa

Pemain Liverpool menampilkan persembahan luar biasa untuk membenam City 3-1 dalam aksi EPL awal pagi tadi.
Pemain Liverpool menampilkan persembahan luar biasa untuk membenam City 3-1 dalam aksi EPL awal pagi tadi.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan pasukannya bermain dengan persembahan luar biasa ketika menundukkan Manchester City 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, awal pagi tadi.

Menurutnya, para pemain berjaya menguasai perlawanan dan City hanya mampu untuk bernafas dan menemui rentak dalam 15 minit terakhir perlawanan.

"Anda boleh nampak dalam 15 minit terakhir, City menjaringkan gol dan ia memberikan momentum untuk mereka bangkit. Dalam temph itu juga mereka bermain hantaran bola dengan sempurna dan menekan kami.

"Tetapi, dalam tempoh 75 minit awal, mereka seolah terkaku dengan corak persembahan kami. Kami tidak membenarkan mereka mencipta peluang.

"Sekali lagi semua pemain saya bermain dengan baik, berani dan menjaringkan gol pada waktu yang tepat," katanya.

Dalam perlawanan itu, Fabinho membuka tirai jaringan buat The Reds seawal minit keenam, sebelum Mohamed Salah dan Sadio Mane masing-masing menambah duka buat City melalui gol pada minit ke- 13 dan ke-51.

Kekalahan itu meneruskan rekod tanpa menang City di Anfield selepas kali terakhir adalah pada 2003.

Dalam masa sama, Klopp juga tidak percaya para pemainnya mampu menjaringkan tiga gol menentang sebuah pasukan serba lengkap seperti City.

Artikel Berkaitan:

"Semua gol tersebut sangat cantik.Sukar untuk dipercayai. Gol seperti itu lah yang perlu anda jaringkan sekiranya berdepan pasukan seperti City.

"Anda tidak boleh menjaringkan gol mudah jadi anda perlu buatnya jadi istimewa. Apabila sudah berjaya menjaringkan gol, maka anda perlu bertahan dengan baik pula. Itu apa yang dilakukan oleh pemain dalam perlawanan ini," katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool turut kukuh menerajui carta EPL dengan 34 mata meninggalkan Leicester City di tangga kedua dengan perbezaan lapan mata selepas 12 perlawanan.