Ayah kaku tepi jalan

Warga emas berkenaan ditemukan tidak sedarkan diri di tepi jalan tengah hari tadi.
Warga emas berkenaan ditemukan tidak sedarkan diri di tepi jalan tengah hari tadi.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Misteri kehilangan seorang lelaki terjawab apabila warga emas berkenaan ditemukan kaku di tepi jalan berdekatan sebuah stesen minyak dekat Jalan Flat Paya Nahu pada jam 12.33 tengah hari tadi.

Warga emas terbabit, Shafie Wahab, 75, yang menetap bersama anaknya di flat berkenaan dilaporkan keluar rumah kira-kira jam 10 malam kelmarin dan tidak pulang sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, salah seorang waris telah mendapat panggilan telefon daripada adik ketiganya menyatakan bapa mereka ditemukan tidak sedarkan diri di tepi jalan berkenaan.

"Temubual bersama waris memaklumkan mangsa tinggal bersama adiknya di Flat Paya Nahu. Mangsa dipercayai keluar dan tidak pulang ke rumah sejak 10 malam tadi sehingga ditemui oleh orang awam," katanya.

Difahamkan, mangsa mempunyai pelbagai penyakit dan kurang daya ingatan serta sering mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Perkara itu turut disahkan pasukan perubatan HSAH yang melakukan pemeriksaan dan kematian berpunca daripada kegagalan buah pinggang.

Artikel Berkaitan: