Ada kementerian lambat agih peruntukan Belanjawan 2019

Guan Eng hadir merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor di Dewan Sivik di sini hari ini.
Guan Eng hadir merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor di Dewan Sivik di sini hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Kerajaan yakin pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tahun depan tidak akan menjadi lebih teruk berbanding tahun ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perbelanjaan pembangunan bagi 2019 dan 2020 akan berjalan serentak tahun depan.

Menurutnya, wang peruntukan Belanjawan 2019 dikeluarkan pada Januari namun sesetengah kementerian hanya mengagihkan perbelanjaan pembangunan kepada agensi dan jabatan pada Mei serta Jun.

"Bila nak buat tender terbuka perlukan masa. Nak buat reka bentuk dan sebagainya perlukan masa. Bulan September dan Oktober baru boleh buat tender terbuka.

"Wang yang sepatutnya dibelanjakan tahun ini hanya boleh dibelanjakan tahun hadapan.

"Itulah sebab pada tahun depan kita akan lihat perbelanjaan pembangunan untuk dua tahun sekali," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi memastikan masalah sama tidak berulang, mesyuarat berkaitan Belanjawan 2020 akan dilakukan agar perbelanjaan pembangunan itu dapat dibelanjakan pada tahun depan dan bukan 2021.

Artikel Berkaitan: