Orang 'kren' sokong Karmaine

Raziz (kiri) menunjukkan sokongan kepada Karmaine sewaktu program Sembang Mesra Harapan di Kampung Bakar Arang hari ini.
Raziz (kiri) menunjukkan sokongan kepada Karmaine sewaktu program Sembang Mesra Harapan di Kampung Bakar Arang hari ini.
A
A
A

PONTIAN - Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, 66, terus mendapat sokongan orang 'kren' dari Persatuan Pekerja Mahir Kren Menara Malaysia ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Kehadiran timbalan presidennya, Raziz Abdul Rahman membakar semangat Karmaine untuk turun mendekati pengundi di Tanjung Piai.

Raziz berkata, buat julung kalinya persatuan yang mempunyai kira- kira 1,900 ahli di Semenanjung Malaysia itu menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan kerana pihaknya yang membawa suara golongan muda yakin dengan kerajaan Pakatan Harapan dalam mewujudkan perubahan.

"Persatuan melihat kerajaan hari ini cukup komited membangunkan belia dengan pelbagai program kemahiran disediakan, sebagai contoh, program kompetisi pengendalian kren seperti di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan di Johor Bahru," katanya.

Raziz berkata, terdapat seramai 37 ahli persatuan yang merupakan anak tempatan daerah Pontian bekerja di Kuala Lumpur dan akan pulang mengundi pada hari pengundian 16 November nanti.

"Persatuan juga ada menghantar petisyen kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar agar sijil kompetisi pemandu kren tidak diberikan kepada warga asing," katanya.

Artikel Berkaitan: