X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada perbuatan 'kuda menguda' dalam PH: Mat Sabu

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (empat dari kanan) yang juga Presiden Parti Amanah Nasional semasa sesi bergambar sempena Konvensyen Parti Amanah Negeri Melaka hari ini. - Foto Bernama
A
A

MELAKA - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menegaskan tiada perbuatan ‘kuda menguda’ atau memperguna antara satu sama lain dalam Pakatan Harapan (PH).

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata, parti dalam PH iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Amanah mempunyai kerjasama yang erat dalam menyelesaikan pelbagai isu rakyat dan beliau yakin hubungan itu akan kekal kukuh sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

"Sebarang isu termasuk berbeza pandangan kita selesai dalam mesyuarat sama ada politik dalam Majlis Tertinggi PH atau kerajaan dalam Kabinet, setelah dibincang, diambil keputusan dan bila Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) umum, itu keputusan kita bersama.

"Tidak sukar (bekerjasama) cuma berbeza pandangan adalah perkara biasa yang akhirnya keputusan itu dibuat bersama. Saya yakin melalui kerjasama ini PH akan menang PRU15 nanti kerana kita telah memberi khidmat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Melaka di sini hari ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (dua dari kiri) yang juga Presiden Parti Amanah Nasional beramah mesra bersama para perwakilan yang hadir pada Konvensyen Parti Amanah Negeri Melaka hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Adly Zahari (kiri) yang juga Pengerusi Amanah Melaka. - Foto Bernama
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (dua dari kiri) yang juga Presiden Parti Amanah Nasional beramah mesra bersama para perwakilan yang hadir pada Konvensyen Parti Amanah Negeri Melaka hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Adly Zahari (kiri) yang juga Pengerusi Amanah Melaka. - Foto Bernama

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang juga Pengerusi Amanah negeri, Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua Penerangan PKR) dan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Tey Kok Kiew (Pengerusi DAP Melaka).

Ketika berucap merasmikan konvensyen itu, Mohamad menyeru rakyat negara ini menyokong pakatan serta pemimpin yang mampu menjaga rakyat dengan baik tanpa mengira kaum.

Beliau juga mengingatkan rakyat khususnya anggota parti Amanah supaya tidak mempercayai hasutan yang dimainkan pihak pembangkang terutama yang berbaur perkauman.

Mohamad juga mengingatkan rakyat negara ini supaya menghargai pengorbanan anggota keselamatan dalam memastikan keamanan di negara ini kerana tanpa pengorbanan itu, rakyat tidak akan dapat menikmati keselesaan hidup seperti sekarang. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!