Berjasa raih sokongan di lampu isyarat

Penyokong Berjasa berkempen di persimpangan lampu isyarat berhampiran Pusat Perdagangan Pontian pagi tadi.
Penyokong Berjasa berkempen di persimpangan lampu isyarat berhampiran Pusat Perdagangan Pontian pagi tadi.
A
A
A

PONTIAN - Hari kesembilan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai menyaksikan penyokong-penyokong daripada parti-parti bertanding giat berkempen di sana-sini.

Pagi tadi, penyokong parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) berkempen di persimpangan lampu isyarat bagi meraih sokongan rakyat terhadap calon mereka.

Penyokong turut dilihat memegang plakad memaparkan calon parti itu, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz di persimpangan lampu isyarat berhampiran Pusat Perdagangan Pontian.

Selain itu, mereka turut mengedarkan risalah kepada orang ramai di sekitar kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan: