Pelajar tahfiz maut: Tiga remaja direman

No Image Caption
A
A
A
KUANTAN - Tiga remaja yang dipercayai terlibat dengan kes kematian seorang pelajar cilik pusat tahfiz, Mohammad Aimin Nurul Amin yang berumur tujuh tahun kelmarin, kini direman sehingga sehingga Khamis ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan yang memaklumkan perkara itu semasa dihubungi di sini hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Mohammad Aimin disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang, Temerloh di sini selepas ditemukan dalam keadaan lemah di pusat tahfiz di Kampung Kuala Kaung, Lanchang itu.

Othman sebelum ini, mengesahkan pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada tubuh arwah, yang baharu dihantar ke pusat tahfiz itu pada pertengahan Oktober lalu bersama-sama abang tirinya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Murid tahfiz mati dipercayai dipukul
Artikel Berkaitan:


'Tengkuk, kaki dia sejuk'


Kawan-kawan cemburu rupanya...