Kawan-kawan cemburu rupanya...

Laporan Sinar Harian hari ini.
Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A
A
KUANTAN - Perasaan cemburu dalam kalangan pelajar lain sehingga menimbulkan pergaduhan menjadi punca kepada kematian pelajar tahfiz, Muhammad Aimin Nurul Amin, 7, di Lanchang, Temerloh kelmarin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, mangsa merupakan pelajar paling muda dan manja dengan pasangan suami isteri yang juga pentadbir sekolah tahfiz terbabit.

Menurutnya, disebabkan perasaan terbabit (cemburu) menguasai diri menyebabkan terjadinya pergaduhan antara mangsa dengan suspek.

"Cemburu antara punca berlakunya perkara tidak diingini itu apabila ada rasa (perasaan) tidak puas hati dalam kalangan pelajar lain sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Jalil berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa semalam mendapati terdapat kesan trauma pada bahagian dada dan abdomen mangsa oleh impak permukaan atau objek yang tumpul dan keras.

"Bagaimanapun siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya.

Menyentuh mengenai tiga suspek yang ditahan, beliau berkata, kesemua pelajar itu ditahan reman selama seminggu bermula semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid tahfiz mati dipercayai dipukul

'Dah lama tak jumpa, tak sangka kali terakhir lihat dia begini'
Artikel Berkaitan:


Muhammad Aimin disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Kesihatan Lanchang kira-kira jam 2 petang kelmarin selepas ditemui dalam keadaan lemah oleh warden asrama.

Terdapat beberapa kesan lebam di bahagian badan mangsa dipercayai dipukul.

Akibat kejadian itu, tiga pelajar berusia 13 tahun di pusat tahfiz terbabit termasuk abang tiri mangsa ditahan bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tengkuk, kaki dia sejuk'