Lam Thye, Cikgu Azmi antara penerima Anugerah Maulidur Rasul 2019

Al-Sultan Abdullah berkenan bergambar bersama penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/ 2019M hari ini. -FOTO: BERNAMA
Al-Sultan Abdullah berkenan bergambar bersama penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/ 2019M hari ini. -FOTO: BERNAMA
A
A
A

BUKIT JALIL - Pakar Perundangan Syariah, Datuk Daud Muhammad dianugerahkan Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2019.

Anugerah tersebut disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2019 di sini pagi tadi.

Sementara itu, empat penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2019 pula ialah Ahli Akademik, Prof Datuk Dr Asma Ismail; Pelopor Hospital Mesra Ibadah, Datuk Dr Khalid Ibrahim; bekas Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Majlis sambutan tersebut turut diserikan lagi dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Artikel Berkaitan: