[VIDEO] Remaja OKU berlawan ular sawa terima Pingat Hang Tuah

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak berbual dengan Muhammad Rasul yang menerima Pingat Hang Tuah 2019 pada Program Kebajikan Kemakmuran bersama Peringkat Negeri Kedah 2019 di Dewan Seri Mentaloon di sini baru-baru ini.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak berbual dengan Muhammad Rasul yang menerima Pingat Hang Tuah 2019 pada Program Kebajikan Kemakmuran bersama Peringkat Negeri Kedah 2019 di Dewan Seri Mentaloon di sini baru-baru ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang remaja yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran dianugerahkan Pingat Hang Tuah apabila sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan ibunya nyaris dimakan ular sawa batik di Kampung Ulu Tawar, Baling di sini pada Mei lalu.

Muhammad Rasul Abdullah, 16, berkata, dia dan adik lelakinya, Mohd Aziz Abdullah,15, tidak mempedulikan keselamatan diri mereka apabila bertindak menarik dan menetak ular seberat 50 kilogram (kg) yang sedang membeli tubuh badan ibunya, Anifah Othman, 52.

Menurutnya, dia hanya memikirkan keselamatan dan nyawa ibunya dikhuatiri terancam sahaja ketika itu selepas dibelit ular sawa batik hingga ke paras dadanya.

"Ketika kejadian, dia mendengar jeritan ibunya meminta pertolongan lebih kurang jam 11 malam sebelum berlari ke arahnya dan bertindak memotong bahagian tengah ular Mohd Aziz dan sepupu mereka Mohd Shafizal Ismail,15.

"Kami langsung tidak memikirkan keselamatan kami, sebaliknya nyawa mak jadi keutamaan apatah lagi mukanya kebiru-biruan dan seakan-akan sukar bernafas," katanya.

Katanya, mereka yang turut dibantu beberapa penduduk kampung bergelut dengan reptilia itu hampir 30 minit memandangkan ia terlalu agresif sebelum bertindak menetak ular itu di bahagian tengah.

Bagaimanapun, kata anak sulung dari empat adik beradik itu tidak menyangka tindakan diambil itu akan mendapat pengiktirafan memandangkan ia dilakukan demi menyelamatkan ibu tercinta semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik bertarung selamatkan ibu dari dipatuk ular

Artikel Berkaitan:

Muhammad Rasul berkata, dia amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang memilih dirinya untuk memenangi Pingat Hang Tuah terbabit, sekali gus berharap ia menjadi contoh kepada semua supaya terus berbakti kepada ibu masing-masing.

Terdahulu, Muhammad Rasul membawa pulang menerima trofi, sijil dan wang tunai RM700 daripada Exco Kebajikan Masyarakat, Halimaton Shaadiah Saad pada Program Kebajikan Kemakmuran bersama Peringkat Negeri Kedah 2019 di Dewan Seri Mentaloon di sini.

Pada majlis sama, seorang suri rumah, Fatimah Mahmud, 57,dari Kampung Besah, Kuala Ketil menerima Anugerah Ibu Bapa menjaga anak OKU 2019 atas kesungguhannya menjaga tiga anaknya.

Mereka antara sebahagian daripada 36 penerima mengikut lima kategori seperti kanak-kanak, warga emas, OKU, kebajikan produktif dan komuniti dan anugerah kemuncak menerima anugerah masing-masing atas sumbangan diberikan mereka.