Wendy ajak orang ramai bersenam

Wendy (berdiri, empat dari kiri) bersama sebahagian peserta program berkenaan.
Wendy (berdiri, empat dari kiri) bersama sebahagian peserta program berkenaan.
A
A
A

PONTIAN - Calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wendy Subramaniam menekankan gaya hidup sihat termasuk amalan bersenam yang disifatkan berupaya meredakan tekanan akibat penat bekerja seharian.

“Tiada alasan untuk tidak bersenam,” katanya kepada Sinar Harian hari ini sempena program KPop X bersama Wendy di Taman Laut Awam di sini semalam.

Menurutnya, aktiviti senaman juga boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang dan setiap orang perlu mencari masa untuk melakukan aktiviti bermanfaat itu.

Wendy (dua dari kanan) pada program berkenaan.
Wendy (dua dari kanan) pada program berkenaan.

"Seringkali kita beri alasan untuk tidak bersenam. Kerana apa? Tak ada masa. Sebenarnya tak payah pun keluar belanja besar. Di rumah pun boleh bersenam, main dengan anak, buat kerja rumah, itu pun senaman.

"Pengambilan air mencukupi turut penting bagi mengelak dehidrasi, selain mendapatkan rehat mencukupi setiap hari," katanya.

Sementara itu Wendy berkata, aspek kesihatan turut dititik beratkan pada manifesto Gerakan dan pihaknya merancang dalam memastikan rakyat di sekitar Tanjung Piai sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, 16 November ini.

Artikel Berkaitan: