'Jangan gores hati pengeluar zakat'

Mohamad Dian - Foto Mohd Izari Rosli
Mohamad Dian - Foto Mohd Izari Rosli
A
A
A

SHAH ALAM - Pemberian zakat kepada bukan Islam akan menggores hati pengeluar zakat yang akhirnya dikhuatiri akan menunaikan kewajipan mereka tanpa melalui lembaga zakat.

Pengasas Utas Travel & Tours Sdn Bhd (Utas), Datuk Mohamad Din Yusoh berkata, fungsi lembaga zakat berkemungkinan berubah sekiranya pembayar zakat membayar zakat secara terus kepada golongan fakir dan miskin.

Menurutnya, lembaga zakat perlu mengutamakan hak lapan asnaf berbanding mahu memberikan zakat kepada bukan Islam.

“Pengeluar zakat tahu mereka mengeluarkan zakat untuk lapan asnaf yang merupakan orang Islam.

“Kalau beri kepada orang bukan Islam, berkemungkinan besar mereka akan menghala ke tempat lain. Jumlah kutipan zakat akan merosot dan fungsi lembaga zakat akan berubah.

“Sepatutnya pelaksanaan agihan zakat ini diselaraskan seluruh negara sejak dahulu lagi dengan menetapkan bahawa pemberian zakat hanya untuk kepada orang Islam,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Ahli perniagaan lulusan Syariah dan bahasa Arab dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas) Klang itu berkata, negeri yang memiliki kutipan zakat tertinggi perlu membantu negeri terendah jumlah zakat agar golongan fakir dan miskin mendapat hak (zakat) sebaik mungkin.

Dalam pada itu menurutnya, isu pemberian zakat tidak seharusnya dipolemikkan dan dijadikan sebagai isu demi kepentingan politik sesetengah pihak.

Artikel Berkaitan: