'Jeck Seng menang, Ka Siong ada kawan'

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Ceramah Perdana di Kampung Rimba Terjun, di sini malam tadi. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Ceramah Perdana di Kampung Rimba Terjun, di sini malam tadi. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PONTIAN - "Jika Wee Jeck Seng menang, Wee Ka Siong ada kawan."

Itu reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Perhimpunan Perdana di Kampung Rimba Terjun, di sini, malam tadi.

Ahmad Zahid berkata, kemenangan Jeck Seng bakal menyaksikan MCA memiliki dua kerusi di Dewan Rakyat.

"Pada masa ini suara masyarakat Cina yang dibela oleh MCA hanya ada satu kerusi di Dewan Rakyat dan jumlah itu perlu ditambah.

"Sekali gus menjadikan masyarakat Cina pula ada suara yang kuat," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecik (PRK) Parlimen Tanjung Piai (P165) di Kampung Rimba Terjun, di sini malam tadi.

Hadir sama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk M.Saravanan dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kehadiran Jeck Seng di Dewan Rakyat juga akan menjadi manifestasi suara masyarakat Cina di Parlimen.

"Semangat Muafakat Nasional tidak terhad kepada gabungan UMNO, MCA dan MIC semata-mata.

Artikel Berkaitan:

"Ia turut melibatkan pimpinan Pas dan seluruh negara serta seluruh negeri Johor," katanya.