'Tinggalkanlah benda pelik-pelik', PU Amin minta maaf pada rakan Kristian

Paparan Instagram PU Amin.
Paparan Instagram PU Amin.
A
A
A

SHAH ALAM - "Mazhab mana pulak bergambar pakai baju pengantin dekat kubur Kristian ni." Demikian kata-kata pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin ketika menyentuh isu tular foto pengantin bergambar di tapak perkuburan yang mengundang kritikan ramai.

Amin, 29, atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim meluahkan rasa kesal itu di Instagram rasminya.

Beliau turut mendedahkan rakannya yang beragama Kristian turut tersinggung kerana tanah perkuburan adalah tanda hormat mereka kepada si mati selain mengenakan pakaian yang sesuai ketika menziarah kubur sanak saudara.

"Untuk makluman semua lepas saya tanya dengan rakan-rakan saya yang beragama Kristian, mereka sendiri ada pakaian khas untuk mereka ke kubur sebagai tanda hormat mereka...

"Mereka juga kecewa bila ada orang ambil gambar macam ini. Orang Kristian pun tahu adab dan cara bila di kubur.

"Mereka datang dan balik, sambil fikir hal kematian tetapi kita boleh pula bergambar, aneh tuan-tuan, aneh..." tulisnya.

Netizen troll wajah model pengantin tular di laman sosial.
Netizen troll wajah model pengantin tular di laman sosial.

Beliau juga mengingatkan kepada masyarakat agar menghormati agama bangsa lain demi keharmonian.

Artikel Berkaitan:

"Hormatlah agama orang lain. Kalau mereka buat dekat kubur kita macam mana ? Pada kawan-kawan Kristian saya minta maaf atas ketelanjuran ini...

"Ya ALLAH, apa sudah jadi dengan dunia. Macam macam cara 'marketing' orang sekarang. Ikutlah sabda nabi ‘tinggalkan benda pelik- pelik’..." katanya.

Ekoran daripada kecaman yang bertubi-tubi, pemilik butik bertindak menutup akaun Facebook buat sementara waktu sehingga keadaan kembali reda.

Dalam pada itu netizen menyuarakan kemarahan dengan melakukan troll foto model pengantin digantikan dengan muka tengkorak selain meletakkan gambar hantu di sisi model tersebut.

DEMI NAK VIRAL | Adoi pelik pelik lah zaman sekarang ni. Mazhab mana pulak bergambar pakai baju pengantin dekat kubur kristian ni... Mungkin nak promot baju, mekap artis atau pakej kahwin, atau sebagainya tapi macam mana boleh sampai ke kubur ? Tak tahu nak gelak ke nak marah ke atau camne... Untuk makluman semua lepas saya tanya dengan rakan rakan saya yang beragama kristian, mereka orang kristian sendiri ada pakaian khas untuk mereka ke kubur tanda hormat mereka... Mereka juga kecewa bila ada orang ambil gambar macam ni. Orang kristian pun tahu adab dan cara bila di kubur. Dorang datang dan balik. Sambil fikir hal kematian. Kita pula boleh posing bergamba. Aneh tuan tuan. Aneh... Hormatlah agama orang lain. Kalau dorang buat dekat kubur kita macam mana ? Pada kawan kawan kristian saya minta maaf atas ketelanjuran ini... Ya Allah, apa sudah jadi dengan dunia. Macam macam cara marketing orang sekarang. Ikut lah sabda nabi ‘tinggalkan benda pelik pelik’... Bak kata shuib sepahtu “peninggg arrrrr”..

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on Nov 5, 2019 at 7:15am PST