Surat palsu perintah tangkap, beku aset

Surat palsu Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dihantar untuk memperdaya mangsa.
Surat palsu Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dihantar untuk memperdaya mangsa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan membuat satu laporan polis berhubung menyebaran surat palsu yang kononnya dihantar pejabat tersebut bagi memperdaya orang ramai.

Menurut Unit Komunikasi Korporatnya, satu aduan telah diterima daripada orang awam berhubung surat Perintah Penangkapan dan Pembekuan Aset-Aset yang menggunakan nama pejabat tersebut pada 28 Disember lalu.

Katanya, pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan tidak pernah menghantar sebarang dokumen melalui aplikasi whastapp atau media sosial.

"Pejabat ini menegaskan bahawa dokumen yang dilampirkan adalah palsu dan bertujuan untuk memperdaya mangsa dan pihak mahkamah tidak akan menghantar sesuatu perintah atau dokumen mahkamah kepada orang awam melalui aplikasi whatsapp atau media sosial," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan lampiran yang diberikan, surat Perintah Penangkapan dan Pembekuan Aset-Aset dihantar kepada mangsa dengan menggunakan surat rasmi kononnya daripada pejabat tersebut.

Surat itu menyatakan bahawa mangsa akan ditangkap di bawah Akta bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan Seksyen 39B Akta Dadah berbahaya 1952 pada jam 4 petang.

Mangsa turut diminta merahsiakan kes jenayah tersebut supaya pihak polis dapat menjalankan tugas bagi menyiasat kes tersebut.

Artikel Berkaitan: