Karmaine ada perancangan besar untuk Tanjung Piai

Karmaine
Karmaine
A
A
A

PONTIAN - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai mempunyai 'perancangan besar' untuk mengubah taraf ekonomi penduduk setempat yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan petani.

Karmaine Sardini, 66, berkata, beliau bercadang mewujudkan industri baharu seperti penternakan tiram dan pembenihan ikan sembilang di kawasan Parlimen itu sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat.

Menurutnya, ia selepas mengambil kira kesesuaian kawasan pesisiran laut Tanjung Piai yang dilihat berpotensi bagi kedua-dua projek itu terutama apabila melihat permintaan tinggi terhadap ikan sembilang sekali gus memacu harga tinggi bagi pasaran hidupan laut itu.

“Benda (projek) ini kena ada kajian menyeluruh seperti dari segi kesesuaian air dan dasar lautnya supaya nanti ia benar-benar boleh dijalankan,” kata beliau dalam satu temu bual bersama Bernama di sini.

Selain itu, Karmaine bercadang untuk mewujudkan koperasi agar anak muda boleh melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan.

“Kami beri peluang kepada mereka untuk ceburi bidang-bidang yang boleh memberi manfaat contohnya menjadi seorang usahawan.

“Itu sebab kami kerap panggil (jemput) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk memberi penerangan tentang peluang pinjaman untuk permulaan perniagaan dan sebagainya,” kata beliau. - Bernama

Artikel Berkaitan: