X

Kindly register in order to view this article
!

Menteri Kewangan Cyprus akui silap beri pasport kepada pelabur

Akhbar Politis mendakwa Jho Low mendapat pasport Cyprus pada 2015 selepas campur tangan Archbishop Chrysostomos II, Ketua Gereja Orthodoks di negara itu.
A
A

NICOSIA - Menteri Kewangan Cyprus mengakui berlaku kesilapan dalam penawaran kerakyatan kepada pelabur selepas pendedahan ahli perniagaan Malaysia yang diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low mendapat pasport negara itu pada 2015.

Siasatan Reuters yang disiarkan pada Oktober lalu mendedahkan, saudara-mara dan sekutu kaya Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen terbabit dalam pembelian kewarganegaraan termasuk lapan daripada golongan dalamannya mempunyai pasport Cyprus.

Pihak berkuasa Cyprus melancarkan siasatan susulan laporan itu dan media tempatan kemudiannya melaporkan skim itu memanfaatkan lebih 3,200 pelabur dan ahli keluarga mereka antara 2013 hingga 2018.

Akhbar Politis menyiarkan satu imej yang dikatakan pasport Cyprus diberikan kepada Jho Low yang didakwa terbabit dalam penyelewengan berbilion dolar dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Georgiades ketika Mesyuarat Tahunan dan Forum Perniagaan Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (EBRD) di Nicosia, Cyprus pada 11 Mei lalu.
Georgiades ketika Mesyuarat Tahunan dan Forum Perniagaan Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (EBRD) di Nicosia, Cyprus pada 11 Mei lalu.

Bagaimanapun beliau menafikan sebarang salah laku dan lokasinya kini tidak diketahui.

“Kita perlu mengakui kesilapan dibuat pada awalnya. Walaupun ia kes terpencil, tetapi ia bukannya tidak penting,” kata Menteri Kewangan Cyprus, Harris Georgiades ketika menghadiri satu persidangan perniagaan di Nicosia.

“Langkah pembetulan substantif berkaitan program itu dilaksanakan sejak awal tahun ini.”

Cyprus menawarkan kerakyatan kepada pelabur sejak 2013 dengan pelaburan minimum €2 juta (RM10.11 juta) akan mendapat satu pasport dan kemasukan tanpa visa ke negara Kesatuan Eropah.

Pihak berkuasa berkata, dasar itu sudah dikaji semula beberapa kali dan syarat yang dikenakan sekarang lebih ketat.

Media tempatan melaporkan Kabinet Cyprus dijadual membincangkan isu itu pada Rabu.

Pendedahan Reuters menyebabkan parti pembangkang negara itu menuntut jawapan daripada kerajaan, dengan parti pembangkang utama, AKEL berulang kali mempersoalkan tindakan memberi pasport kepada individu yang 'mungkin tidak tahu di mana Cyprus berada dalam peta'.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus