Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua anggota polis maut, dirempuh lori ketika buat sekatan jalan

Dua anggota polis maut akibat dirempuh sebuah lori ketika membuat sekatan jalan raya di Taman Pasir Putih awal pagi tadi.
Dua anggota polis maut akibat dirempuh sebuah lori ketika membuat sekatan jalan raya di Taman Pasir Putih awal pagi tadi.
A
A
A

PASIR GUDANG - Dua anggota polis maut dipercayai akibat dirempuh sebuah lori ketika membuat sekatan jalan raya di laluan berhadapan sebuah pasar raya di Taman Pasir Putih di sini awal pagi tadi.

Komander dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II, Zainudin Sabani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.21 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian, bomba dapati telah berlaku satu kemalangan yang melibatkan sebuah lori jenis Hino dengan muatan makanan ringan telah merempuh sekatan jalan raya yang dijalankan pihak polis.

“Kemalangan itu turut mengakibatkan empat anggota polis mengalami kecederaan dan dua anggota polis maut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anggota bomba ketika cuba mengeluarkan mayat mangsa dari bawah lori terbabit.
Anggota bomba ketika cuba mengeluarkan mayat mangsa dari bawah lori terbabit.

Zainudin berkata, empat mangsa yang cedera telah dihantar mendapatkan rawatan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Operasi kemudiannya memberi tumpuan kepada usaha mengeluarkan mayat dua mangsa daripada bahagian bawah lori tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.20 pagi.

Artikel Berkaitan: