Tanah runtuh sekat laluan utama ke pusat peranginan di Bentong

Jalan utama ke sebuah pusat peranginan di Bentong dilaporkan terputus akibat kejadian tanah runtuh petang tadi. - Foto IHSAN APM
Jalan utama ke sebuah pusat peranginan di Bentong dilaporkan terputus akibat kejadian tanah runtuh petang tadi. - Foto IHSAN APM
A
A
A

BENTONG - Laluan utama ke sebuah pusat peranginan di Bentong di sini dilaporkan terputus akibat tanah runtuh petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya (PA) Zainal Yusof berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurutnya, runtuhan dipercayai berlaku susulan hujan lebat kira-kira jam 5.45 petang tadi.

Anggota APM turut dikerah ke lokasi bagi membantu operasi. - Foto IHSAN APM
Anggota APM turut dikerah ke lokasi bagi membantu operasi. - Foto IHSAN APM

"Kejadian tanah runtuh itu hanya melibatkan jalan utama ke pusat peranginan berkenaan.

"Jalan utama untuk naik ke Genting Highlands tidak terjejas," katanya.

Maklumat dan gambar kejadian dikongsi netizen termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

Artikel Berkaitan: