Gangguan bekalan air di Sungai Lui 12 November ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) akan melaksanakan penutupan sementara bekalan air pada 12 November ini bagi kerja-kerja pencucian kolam Sungai Lui Barat, Jempol.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail berkata, penutupan sementara itu akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 8 pagi keesokan hari dan mengakibatkan gangguan bekalan di seluruh kawasan Gugusan Felda Lui di Jempol.

Katanya, sepanjang penutupan tersebut, pihak SAINS akan menghantar air melalui lori tangki dan juga penempatan tangki statik akan dilakukan jika gangguan berlaku lebih 24 jam.

"Bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

"Walau bagaimanapun beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama mengikut keadaan.

"Bagi makluman kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norzita berkata, pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi pihaknya di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut selain boleh menyemak melalui laman sesawang https://www.sainswater.com.

Artikel Berkaitan: