Presiden Cyprus mahu pasport Jho Low dibatalkan

Jho Low
Jho Low
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa wajar membatalkan pasport ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang memperoleh dokumen itu pada 2015.

Akhbar berbahasa Inggeris Cyprus Mail melaporkan, Presiden Cyprus, Nicos Anastasiades berkata, siasatan sewajarnya perlu dilakukan sebelum pasport itu dibatalkan.

“Ya, sudah tentu,” katanya seperti dipetik The Mail Cyprus ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jho Low didakwa bedah wajah

Jho Low dipercayai miliki pasport Cyprus


Kenyataan Anastasiades itu dipercayai bertujuan meredakan kritikan susulan pendedahan eksklusif akhbar negara itu, Politis, yang melaporkan Jho Low memiliki pasport Cyprus selepas terbabit dalam skim pasport melalui pelaburan.

Ditanya mengenai proses pemberian kewarganegaraan mencurigakan terhadap pelabur asing, Anastasiades berkata, ada keadaan itu yang boleh dilihat secara ketara.

“Mungkin ada individu lain dengan isu yang sama, cuma ia belum terbongkar kepada umum,” katanya.

Beliau dilihat berusaha mengawal imej negaranya yang tercalar susulan pendedahan membabitkan Jho Low.

Semalam, akhbar Politics melaporkan Jho Low dikatakan mendapatkan khidmat broker pasport dan kewarganegaraan, Henley & Partners bagi tujuan itu, dipercayai untuk mengelak pergerakannya dikesan pihak berkuasa antarabangsa dan Malaysia.

Ia adalah firma sama digunakan Jho Low bagi mendapatkan pasport dari sebuah lagi negara kepulauan, Saints Kitts and Nevis sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, pasport berkenaan dibatalkan susulan siasatan dijalankan terhadap Jho Low.

Jho Low kemudian menerima pasport Cyprus melalui Rancangan Pelaburan Cyprus yang mensyaratkan pemegang pasport perlu mendepositkan sebanyak lima juta Euro di bank untuk tempoh tiga tahun dan membeli kediaman berharga 500,000 Euro.

Berikutan itu, beliau membeli sebuah rumah agam bernilai lima juta Euro pada 23 September 2015 untuk memenuhi syarat itu dan tiba di Cyprus pada 18 September 2015 bagi tujuan mendapatkan pasport berkenaan.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, Jho Low mendapat suaka di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan telah berulang-alik antara Timur Tengah dan Eropah sejak Jun lalu.