Datuk tanam cucu masih hidup diberkas

Bayi perempuan yang nyaris ditanam datuknya.
Bayi perempuan yang nyaris ditanam datuknya.
A
A
A

HYDERABAD - Seorang lelaki sanggup menanam seorang cucu perempuannya yang masih hidup kerana kepercayaan mengutamakan anak lelaki berbanding perempuan.

Di India diskriminasi jantina semakin berleluasa hingga membuatkan kanak-kanak perempuan dibunuh selepas dilahirkan.

Baru-baru ini, polis di Hyderabad, India menahan seorang lelaki yang cuba menanam cucu perempuannya yang baharu dilahirkan.

Perbuatan itu terbongkar apabila orang awam mencurigai kelakuannya di mana ketika itu si datuk memegang sesuatu di tangan dan seorang lelaki sedang menggali lubang.

"Lelaki itu ditahan polis atas cubaan membunuh cucu perempuannya.

"Bayi itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya kepada Daily Mail.

Dalam pada itu, polis juga mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan berharap terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membendung jenayah itu daripada berleluasa.

Artikel Berkaitan:

Polis di Hyderabad, India menahan seorang datuk kerana cuba membunuh cucu perempuannya.
Polis di Hyderabad, India menahan seorang datuk kerana cuba membunuh cucu perempuannya.