1,000 bangunan seluruh negara tiada sijil perakuan bomba

Soiman (tengah) bersama peserta yang hadir Seminar Pengurusan Risiko Kebakaran di Permai Hotel hari ini.
Soiman (tengah) bersama peserta yang hadir Seminar Pengurusan Risiko Kebakaran di Permai Hotel hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti kira-kira 1,000 premis bangunan di seluruh negara tidak mempunyai sijil perakuan bomba (FC).

Ia termasuk bangunan milik kerajaan, hotel, industri dan perniagaan yang tertakluk di bawah Akta 341 Akta Perkhidmatan Bomba (APB) 1988.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Soiman Jahid berkata, semua pemilik premis terbabit telah diberikan notis supaya memohon FC dengan segera demi keselamatan penghuni.

"Pihak kami hantar notis kedua selepas notis pertama tidak dipatuhi sebelum membawa kes tersebut ke mahkamah untuk tindakan undang-undang sekiranya masih tiada respon daripada pemilik premis.

“Premis yang belum dapat sijil bomba ini disebabkan beberapa faktor iaitu masalah teknikal, pemasangan, penyerahan pelan dan pelbagai lagi.

Katanya, melalui seminar dan program seumpama itu dijangka semua premis ditetapkan seluruh negara mempunyai FC pada 2020 atau awal 2021,” katanya selepas hadir merasmikan Seminar Pengurusan Risiko Kebakaran di Permai Hotel hari ini.

Program melibatkan 400 peserta mewakili industri, perhotelan dan pejabat dikenalpasti sebagai bangunan ditetapkan tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Bomba Terengganu, Mohamad Shoki Hamzah.

“Kita boleh puji premis industri risiko tinggi di Terengganu seperti penapisan minyak dan gas kerana patuhi sebab dilindungi insurans. Jadi premis industri di sini berfungsi dan berada dalam keadaan baik.

Artikel Berkaitan:

“Kita harap dengan adanya seminar ini mereka yang terdiri daripada premis ditetapkan akan tahu dan laksanakan perkara-perkara termaktub dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988(Akta 341),” katanya.

FC adalah suatu sijil yang dikeluarkan kepada premis dikategorikan sebagai premis ditetapkan (designated premis) berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988(Akta 341) dan semua premis ditetapkan perlu mempunyai FC yang dikeluarkan oleh JBPM.

Antara premis ditetapkan dan perlu ada FC adalah hospital, hotel, pejabat dan bangunan mengikut ketinggian serta keluasan tertentu.