X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Misteri berat naik sampai 200kg!

Nur Izzati Afiqah dibantu ibunya bersama tiga lagi ibu saudara setiap kali ingin menukar lampin dan membersihkan badan.
A
A

PASIR MAS - [DIKEMASKINI] Kehidupan bekas tenaga pengajar kontrak di Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka berubah apabila berat badannya naik mendadak mencecah sehingga 200 kilogram (kg) ketika ini sejak tiga bulan lalu.

Sejak itu Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, yang sebelum ini berat 150kg hanya mampu terlantar di atas tilam dan seluruh kehidupannya kini diuruskan oleh ibu, Maheran Daud, 54, dan kakaknya, Nur Izzati Liyana, 31, serta tiga ibu saudaranya.

Lebih menyedihkan lagi, Nur Izzati Afiqah yang dulunya antara penyumbang kewangan keluarga kini terpaksa bergantung harap kepada kakaknya, Nur Izzati Liyana yang bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat dekat Kota Bharu untuk meneruskan kehidupan.

Nur Izzati Afiqah menunjukkan bentuk badan asalnya sekitar 150kg tiga bulan lalu.
Nur Izzati Afiqah menunjukkan bentuk badan asalnya sekitar 150kg tiga bulan lalu.

Nur Izzati Afiqah berkata, dia memerlukan perbelanjaan sekitar RM200 sehari untuk membeli barangan keperluan seperti lampin pakai buang, tisu basah, pelapik dan barangan penjagaan diri termasuklah makanan.

“Sejak diserang penyakit misteri ini saya telah mendapat pelbagai rawatan termasuklah hospital dan rawatan Islam.

“Namun setakat ini doktor masih gagal mengesan punca sebenar penyakit saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gaung dekat sini semalam.

Terdahulu Nur Izzati Afiqah menerima kunjungan daripada Kelab Cakna Kelantan (KCK) yang diketuai oleh Pengerusinya, Pui Tiong Lam.

Tiong Lam
Tiong Lam

Dalam kunjungan itu, KCK turut menyampaikan sumbangan bagi membantu meringankan beban Nur Izzati Afiqah dan keluarga.

Sementara itu, Maheran berkata, dia mengalu-alukan pengamal perubatan Islam yang mahu membantu merawat anaknya.

Katanya, dia juga tidak putus berdoa agar anak keduanya itu kembali sembuh seperti sedia kala.

“Sebelum ini anak bongsu saya, Muhammad Khairul Akram, 25, pernah berdepan dengan masalah yang sama.

“Bagaimanapun, umurnya tidak panjang dan Muhammad Khairul Akram meninggal dunia tiga bulan lalu pada usia yang muda,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank milik Nur Izzati Afiqah di 1540-1748-4998.

Kelab Cakna Kelantan yang diketuai Tiong Lam menyampaikan sumbangan kepada Nur Izzati Afiqah.
Kelab Cakna Kelantan yang diketuai Tiong Lam menyampaikan sumbangan kepada Nur Izzati Afiqah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!