Motif lempar cat merah?

Motif seorang lelaki melempar dua bungkusan plastik berisi cat berwarna merah di papan iklan sebuah kafe terkenal di SS15 Subang Jaya masih belum diketahui.
Motif seorang lelaki melempar dua bungkusan plastik berisi cat berwarna merah di papan iklan sebuah kafe terkenal di SS15 Subang Jaya masih belum diketahui.
A
A
A

SHAH ALAM - Motif seorang lelaki melempar dua bungkusan plastik berisi cat berwarna merah di papan iklan sebuah kafe terkenal di SS15/4 di sini masih mengundang pertanyaan.

Video tular berdurasi 1 minit 8 saat itu menunjukkan kejadian berlaku ketika kawasan komersial tersebut kelihatan lengang dengan ketiadaan orang ramai lalu-lalang di kawasan siar kaki seperti kebiasaannya.

Menerusi video itu, seorang lelaki memakai baju T berwarna kuning, berseluar pendek dan bertopi dirakam melakukan perbuatan itu pada jam 6.54 pagi, 26 Oktober lalu.

Lelaki terbabit yang membawa bungkusan plastik berwarna kuning pada mulanya dilihat melempar bungkusan pertama di papan iklan kafe tersebut dan mengulangi perbuatan itu sekali lagi sebelum melarikan diri.

Percikan cat merah yang dibaling itu turut terkena sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipakir di tempat letak kereta berhampiran.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, motif lelaki terbabit melakukan perbuatan itu masih belum dapat dipastikan.

Menurutnya, salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebut sudah diserahkan kepada pihaknya untuk siasatan.

“Motifnya tak dapat dipastikan lagi sebab salinan CCTV masih dalam siasatan dan analisa unit forensik,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: