Dua kereta rempuh lembu di LPT2

Keadaan salah sebuah kereta yang rosak teruk di bahagian hadapan selepas merempuh seekor lembu yang melintas. - Foto PDRM
Keadaan salah sebuah kereta yang rosak teruk di bahagian hadapan selepas merempuh seekor lembu yang melintas. - Foto PDRM
A
A
A

HULU TERENGGANU - Dua kereta dipandu dua lelaki merempuh seekor lembu dalam kejadian berasingan di Kilometer 417.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) (Telemong-Ajil), Kuala Berang di sini semalam.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 8 malam di mana kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Mohammad Azrie Mohd Kamarol Bahari, 23, dari arah Kelantan menghala ke Melaka.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, setibanya di lokasi, mangsa dikatakan cuba mengelak seekor lembu yang melintas secara tiba-tiba namun gagal sebelum merempuh haiwan itu.

Katanya, akibat pelanggaran yang kuat, lembu tersebut mati sebelum bangkainya dirempuh pula oleh sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu, Muhammad Faris Mat Jeli @ Mazeli, 20, kira-kira 15 minit kemudian.

"Bagaimanapun, kedua-dua pemandu itu tidak mengalami sebarang kecederaan namun kereta mereka rosak teruk di bahagian hadapan.

"Bangkai lembu terbabit sudah diangkat bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan: