'Penangan novel seram menjadi-jadi'

Shahida (kanan) bersama Editor Kanan Unit Editorial Novel, Mazuen Yahaya menunjukkan novel thriller baharu iaitu L P.3 dan Kokang yang mula dijual hari ini di Jualan Gudang Akhir Tahun 2019
Shahida (kanan) bersama Editor Kanan Unit Editorial Novel, Mazuen Yahaya menunjukkan novel thriller baharu iaitu L P.3 dan Kokang yang mula dijual hari ini di Jualan Gudang Akhir Tahun 2019
A
A
A

SHAH ALAM - Penangan novel seram semakin 'menjadi-jadi' dan terbukti apabila ramai pengunjung pada Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2019 dilihat menjadikan genre itu sebagai pilihan utama mereka.

Ketua Unit Editorial Novel Grup Buku Karangkraf, Shahida Md Khasim berkata, dalam tempoh lapan hari jualan berlangsung, trend pembelian novel dilihat tertumpu kepada pembelian novel genre seram berbanding dua lagi genre iaitu cinta dan thriller.

Menurutnya, jumlah pengunjung yang mendapatkan novel genre seram juga lebih ramai kali ini dan terdiri daripada golongan berusia 15 tahun ke atas.

Sebahagian pengunjung yang hadir ke jualan hari ke-8 Jualan Gudang Akhir Tahun 2019
Sebahagian pengunjung yang hadir ke jualan hari ke-8 Jualan Gudang Akhir Tahun 2019

"Mereka akan beli sekurang-kurangnya dua jenis novel seram yang baharu dan kalau novel yang lama biasanya melebihi lima buah buku," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Antara novel seram baharu yang laris dibeli katanya, seperti 'Perawan' dan 'Rose of Orient' manakala novel lama yang masih dicari pengunjung ialah seperti Ngauman Cindaku, Amukan Jembalang Tanah serta Projek Seram.

"Itu hanya sebahagian daripada novel seram yang kita tawarkan dan untuk lebih banyak pilihan pengunjung dijemput hadir melihat sendiri dan membeli pada harga yang sangat berbaloi termasuk pemberian diskaun istimewa," katanya.

Sementara itu, Shahida berkata, bagi penggemar novel seram dan thriller tidak melepaskan peluang mendapatkan novel baharu, L P.3 karya Arman Jezee serta Kokang tulisan Zaifuzaman Ahmad yang masih 'panas' dan dijual bermula hari ini.

Artikel Berkaitan:

Pelajar sekolah juga memanfaatkan peluang untuk mendapatkan buku pilihan mereka pada harga murah
Pelajar sekolah juga memanfaatkan peluang untuk mendapatkan buku pilihan mereka pada harga murah

"Harga asal adalah RM35 tetapi untuk ahli VIP Karangkraf akan memperoleh diskaun 30 peratus menjadikannya berharga RM24.50 senaskhah.

"Mereka juga boleh bertemu dan beramah mesra bersama penulis novel L P.3 pada jam 10 pagi esok (Sabtu)," katanya.

Dalam pada itu, Shahida berkata, pihaknya juga akan menyampaikan hadiah thriller kepada 10 pemenang yang menyertai pertandingan menulis manuskrip thriller pada jam 11 pagi esok di Lobi Kumpulan Media Karangkraf.

"Kita terima lebih 50 penyertaan tapi hanya 10 peserta terbaik dipilih. Tiga pemenang utama akan menerima wang tunai berjumlah RM1,000, RM700 dan RM500 sementara selebihnya menerima RM100.

"Manuskrip tiga pemenang utama akan dibukukan dan pertandingan yang dianjurkan sejak Februari lalu itu bertujuan mencari pelapis serta merekrut penulis-penulis baharu bagi genre thriller," katanya.

Set Little Adib bantu ibu bapa cipta masa eratkan hubungan dengan anak

Selain novel seram, terdapat tawaran istimewa set buku panduan Little Adib pada harga berbaloi iaitu RM150 sepanjang tempoh Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2019 berlangsung.

Senior Eksekutif Karangkraf Mall, Linda Madi berkata, harga asal bagi set buku panduan mengandungi 27 naskhah pelbagai tajuk itu adalah RM980 namun harga itu diturunkan istimewa untuk pengunjung jualan gudang.

Menurutnya, set buku panduan itu mengandungi sembilan teori kecerdasan meliputi linguistik, matematik-logik,intrapersonal, interpersonal, muzikal, ruang, kinestetik, naturalistik dan eksistensial.

Set buku Little Adib yang dijual pada harga RM150 sepanjang Jualan Gudang Akhir Tahun 2019 kali ini
Set buku Little Adib yang dijual pada harga RM150 sepanjang Jualan Gudang Akhir Tahun 2019 kali ini

"Selain itu ada aspek keimanan, moral, fizik, akal, kejiwaan, sosial serta seksual bagi setiap judul dalam set tersebut selain disediakan satu buku panduan ibu bapa.

"Set buku Little adib ini ini sangat sesuai dibaca bersama anak-anak berusia sembilan tahun ke bawah bagi memberi penerangan kepada anak-anak mengenai aspek yang disebutkan sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka," katanya.

Katanya, bahan bacaan yang diolah dengan gaya penceritaan serta ilustrasi menarik itu sesuai untuk pembelajaran bagi perkembangan awal anak-anak selain mampu merangsang mereka supaya lebih kreatif.

"Saya harap ibu bapa, guru, pengusaha taska dan orang ramai dapat memanfaatkan peluang berbaki dua hari lagi untuk mendapatkan set Little Adib ini pada harga yang sangat berbaloi," katanya.