Empat maut ditembak ketika parti Halloween

Mangsa yang cedera dipindahkan ke ambulans.
Mangsa yang cedera dipindahkan ke ambulans.
A
A
A

SACRAMENTO - Sekurang-kurangnya empat maut dan 10 lagi cedera dalam serangan tembakan rambang semasa parti Halloween di Califonia, Amerika Syarikat semalam.

Insiden pada jam 11 malam itu (waktu tempatan) berlaku di sebuah rumah di Lucille Way berhampiran Knickerbocker Lane, Orinda.

Difahamkan, rumah terbabit disewa khas bagi meraikan sambutan Halloween.

Serangan berlaku beberapa hari selepas tiga orang ditembak mati semasa parti Halloween di Long Beach.

Polis masih menyiasat motif serangan. - Agensi

Artikel Berkaitan: