Dua lelaki termasuk polis ditahan, empat pistol dirampas

Antara barang dan senjata api yang dirampas polis.
Antara barang dan senjata api yang dirampas polis.
A
A
A

GOMBAK – Dua lelaki dipercayai memiliki pistol ditahan polis yang membuat rondaan di Taman Setapak Indah, Setapak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kedua-dua lelaki termasuk seorang anggota polis ditahan sepasukan anggota Cawangan Cegah Jenayah Balai Polis Gombak kira-kira jam 12.30 tengah hari di Taman Kamariah, Batu 6 di sini.

“Polis kemudian ke sebuah rumah Taman Setapak Indah selepas soal siasat dilakukan terhadap salah seorang suspek sebelum merampas beberapa barangan antaranya tiga objek hitam menyerupai pistol dan enam kelopak.

"Kita merampas sebuah motosikal curi jenis Yahama 15Z yang dilaporkan hilang di Setapak, 10 biji pil erimin 5, sebilah pisau lipat, pistol, dua kelopak, masing-masing berisi 15 butir bearing besi dan sekeping salinan kad kuasa polis,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: