Siapa punya bulus ni...

Paparan Facebook Dunia Kucing tular di laman sosial.
Paparan Facebook Dunia Kucing tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tular seekor kucing berwarna kekuningan berkeliaran di sebuah kedai mamak di flat Taman Datuk Senu Sentul di sini dan menjadi perhatian netizen.

Gambar kucing itu yang dipercayai mempunyai pemilik kerana lehernya dipasang seutas rantai dimuat naik di Facebook Dunia Kucing.

Status Facebook itu memberitahu kepada orang ramai yang kehilangan kucing comel berbulu kuning supaya datang ke kedai mamak tersebut.

"Tolong la pantau bulus korang. Kalau tak mahu, jangan tinggal di kedai mamak macam ni. Tak reti langsung kucing ni cari makan. Kena buli lagi ada. Berapa hari dah saya perati tiada sesiapa pun tuntut kucing ini.

"Tuan kedai ni pun pening dah siapa punya pun tak tahu. Kang kalau orang ambil ko meroyan. Sendiri yang cuai. Marilah sesiapa yang nak tu sila ambil. Lokasi Flat Taman Dato Senu Sentul KL. Kat kedai mamak bawah blok 207. Jantina jantan. Manja budak ni. Kesian dia," tulis pemilik Facebook.

Rata-rata netizen yang teruja dengan kecomelan kucing itu mengakui mahu membelanya dan tidak kurang bersimpati dengan nasib haiwan berkenaan yang mungkin kehilangan tuannya.

Difahamkan, kucing ini dipelihara sementara oleh Maheswary Kandasamy.
Difahamkan, kucing ini dipelihara sementara oleh Maheswary Kandasamy.

"Dah ada orang ambil belum? kalau tiada nak pergi ambil sekarang juga," tulis Datin Alya.

Artikel Berkaitan:

Kata Rohanin Yeob Ahmad, "Kesiannya si bulus ni, sesiapa yang berdekatan ambil lah jaga dia, comey sangat," tulisnya.

Dalam pada itu ada juga netizen berkongsi cerita pernah bertemu dengan kucing itu ketika makan di kedai tersebut.

"Ini bulus di kedai mamak, masa saya dan keluarga makan di situ, kucing pasti merayu nak ikan atau ayam goreng, kami layan sehingga kucing tu kekenyangan.

"Itu pun nak makan lagi kalau buka mata, mengunyah sepanjang masa kecuali tidur. Yang pasti kucing pandai ambil hati semasa minta makan, comel," kata Jahja Khalijah.

Bagaimanapun, menerusi ruang komen, Maheswary Kandasamy dikatakan memelihara kucing itu buat sementara waktu dan memberitahu, pemiliknya atau sesiapa yang mahu mengambil kucing itu boleh menghubunginya.