Pas kesal guru masih lakukan tugas perkeranian

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A
A

SHAH ALAM - Pas kesal dengan kelewatan Kementerian Pendidikan (KPM) menyelesaikan isu pemansuhan tugas perkeranian sehingga kini memaksa guru memikul beban itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana kementerian itu sudah berjanji untuk memansuhkan semua tugas perkeranian dilakukan guru dengan memperkenalkan lima inisiatif intervensi jangka pendek bermula pada Januari lalu.

"Mengapa sejak dari bulan Januari hingga Oktober 2019 perkara tersebut masih di peringkat kajian? Justeru, apa sebenarnya yang dijanjikan oleh Menteri Pendidikan dahulu?

"Merujuk kepada kenyataan Menteri Pendidikan (Dr Maszlee Malik) pada Januari lalu, beliau berjanji untuk memansuhkan semua tugas perkeranian dilakukan guru dengan memperkenalkan lima inisiatif intervensi jangka pendek bermula pada Januari 2019," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, beban tugas guru yang terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian secara tidak langsung mengganggu tugas hakiki mereka untuk mendidik pelajar.

"Namun, sehingga ke hari ini para guru masih terbeban dengan pelbagai kerja-kerja memasukkan dan mengemaskini data serta membuat laporan aktiviti sekolah," katanya.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching memaklumkan pemansuhan beban tugas perkeranian yang dipikul guru-guru masih di peringkat kajian.

ARTIKEL BERKAITAN: KPM peruntuk RM48 juta untuk guru ganti

Artikel Berkaitan: