X

Kindly register in order to view this article
!

Hanya calon parti kerajaan mampu tunai janji, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir ketika ditemui pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bin Chong di sini hari ini.
A
A

PONTIAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat di Tanjung Piai lebih bijak memilih dan tidak mudah percaya dengan janji-janji yang ditaburkan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai kali ini.

Menurut Mahathir, perkara itu berikutan pihaknya yakin hanya parti daripada kerajaan sahaja yang mampu memberikan kemudahan dan manfaat sepenuhnya kepada rakyat di kawasan itu.

“Rakyat perlu bijak memilih, sebab PRK kali ini bukan untuk kita tukar kerajaan, siapa pun yang menang PH masih lagi kerajaan. Perkara yang berlaku sekarang adalah janji-janji ditaburkan.

“Pembangkang tidak ada kuasa, hanya calon daripada parti sahaja yang boleh tunaikan janji. Jadi dalam PRK seperti ini janji tidak ada makna jika dibuat oleh parti lain (pembangkang),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bin Chong di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Dr Mahathir berkata, pada PRK Tanjung Piai juga kerajaan bersedia dan memberikan untuk melaksanakan semua projek yang telah dicadangkan bekas Ahli Parlimen itu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

“Kerajaan akan terus melaksanakan pembangunan yang dirancang Allahyarham untuk pastikan penduduk di Tanjung Piai terus mendapat kemajuan yang sepatutnya,” jelasnya.

Dalam masa sama beliau berkata, membantu memberikan kehidupan selesa selain meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar adalah hasrat yang mahu diterapkan kerajaan kini.

Sehubungan itu katanya, pihaknya lebih suka mengambil pendekatan dengan membuka lebih banyak peluang menjana pendapatan berbanding hanya menyalurkan bantuan kewangan secara segera.

“Kerajaan sudah merangka pelbagai cara untuk mengurangkan jurang pendapatan rakyat negara sama ada di bandar atau luar bandar, macam sekarang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) usahakan.

“Di luar bandar bidang ini adalah perkara yang kita lihat mempunyai peluang untuk dimajukan dan ia boleh dibuat dengan kaedah pertanian moden. Jika kekal dengan cara lama, petani atau pekebun tidak akan kaya.

“Kita lebih gemar sediakan peluang untuk mereka ini jana pendapatan berterusan, berbanding beri sahaja duit seperti kerajaan lama, itu sogokan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf