X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

Kerajaan teruskan projek RTS Bukit Chagar ke Woodlands

Dr Mahathir (tengah) ketika bercakap kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Persekutuan menerima tawaran tanah tanpa kos milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Bukit Chagar bagi membina stesen Sistem Rapid Transit (RTS) ke Woodlands, Singapura.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengecualian kos tanah itu dapat menjimatkan kos keseluruhan projek sebanyak RM1.77 bilion.

"Ya (tanah itu dimiliki Sultan Johor), 'we have sort it out'. Kos keseluruhan projek baharu dikurangkan daripada RM4.93 bilion kepada RM3.16 bilion dengan penjimatan RM1.77 bilion iaitu 33 peratus daripada kos asal," katanya pada sidang media RTS di Johor Bahru hari ini.

Pada 4 Mei lalu, Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan tanah miliknya di Bukit Chagar tanpa sebarang kos dengan syarat projek RTS diteruskan dengan segera.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tanah milik Sultan Ibrahim itu dianggarkan bernilai antara RM800 juta hingga RM900 juta.

"Tanah di Bukit Chagar untuk membina stesen RTS di bawah hak milik Sultan Johor dan Tuanku berkenan bekerjasama dengan Persekutuan supaya tanah itu dibina stesen RTS.

"Kita berterima kasih atas kerjasama semua pihak. Pengurangan kos ini melibatkan juga perubahan, struktur, skop dan spesifikasi projek," katanya.

Menurut Anthony, jajaran RTS yang dicadangkan kepada Singapura masih sama iaitu antara Bukit Chagar dan Woodlands namun melalui cadangan baharu, Malaysia mencadangkan pertukaran sistem daripada MRT ke LRT.

"Kami cadangkan tukar sistem daripada sistem MRT ke sistem LRT untuk kurangkan kos. Pertukaran sistem ini tidak mengubah kapasiti 10,000 penumpang yang dicadang sebelum ini.

"LRT ini sama di Kuala Lumpur bukan di Singapura. LRT ini boleh membawa sehingga 10,000 kapasiti juga," katanya.

Katanya, perjanjian antara Malaysia dan Singapura berhubung projek RTS dijangka akan ditandatangani awal tahun depan.

Selain itu kerajaan turut mengumumkan Prasarana Malaysia Berhad kekal sebagai wakil Malaysia dalam syarikat usahasama pengendali keretapi (JV OpCo).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!