Kedutaan Israel seluruh dunia lancar mogok

Langkah mogok serentak di konsulat dan Kedutaan Israel itu dilancarkan sejak awal semalam.
Langkah mogok serentak di konsulat dan Kedutaan Israel itu dilancarkan sejak awal semalam.
A
A
A

TEL AVIV - Konsulat dan Kedutaan Israel di seluruh dunia menghentikan operasi di tengah-tengah mogok yang diselaraskan oleh diplomat dan atase tentera sebagai bantahan terhadap bayaran gaji rendah dan rancangan kerajaan untuk mengenakan cukai yang didakwa akan memberi impak besar kepada golongan itu.

Langkah mogok serentak itu dibuat bermula awal pagi semalam susulan krisis berpanjangan dengan Kementerian Kewangan di Tel Aviv yang gagal mencapai sebarang jalan penyelesaian malah para diplomat dituntut membayar balik ribuan dolar wang perbelanjaan yang diberikan kepada mereka.

"Kami terpaksa menutup kedutaan selepas keputusan dibuat Kementerian Kewangan melanggar perjanjian yang dipersetujui dan telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Kementerian Kewangan pada 21 Julai 2019 serta prosedur sebelah pihak yang mengubah protokol yang telah dilaksanakan selama beberapa dekad.

"Tiada perkhidmatan konsular akan diberikan tiada pihak dibenarkan memasuki kedutaan atau konsulat Israel," jelas kenyataan yang dimuat naik dalam kebanyakan laman web kedutaan Israel.

Difahamkan langkah mogok itu dijangka mencetuskan kekacauan terhadap penduduk Israel yang melakukan perjalanan ke luar negara atau golongan itu yang memerlukan bantuan segera konsular.

Selain itu ia juga bakal memberi kesan kepada eksport senjata Israel dan kerjasama ketenteraan dengan negara lain. - Agensi

Artikel Berkaitan: