Lebih 60 maut kereta api terbakar di Pakistan

Sebuah gerabak musnah dijilat api.
Sebuah gerabak musnah dijilat api.
A
A
A

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 65 orang maut apabila sebuah kereta api penumpang terbakar di bahagian tenggara Pakistan, kata Menteri Kereta Api hari ini.

"Dua tong gas silinder meletup. Api marak dengan pantas," kata Sheikh Rashid Ahmed.

Menurutnya, sebahagian mangsa terbunuh ketika cuba melompat keluar dari kereta api untuk menyelamatkan diri.

Katanya, insiden tragis berhampiran bandar Rahim Yar Khan, selatan Punjab itu memusnahkan tiga gerabak.

Lapor media tempatan, kebakaran berpunca daripada tindakan penumpang memasak sarapan pagi.

Angka kematian mungkin bertambah memandangkan ramai mangsa yang terselamat dalam keadaan parah dan kritikal.

Penumpang membawa gas dan dapur memasak adalah pemandangan biasa di Pakistan terutama mereka yang melakukan perjalanan jauh.

Pada Julai lalu, sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh di daerah sama apabila kereta api penumpang dari Lahore merempuh kereta api membawa barang yang berhenti di lintasan. - Agensi

Artikel Berkaitan: