PRK Tanjung Piai: 27 borang pencalonan telah terjual

No Image Caption
A
A
A

PONTIAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan 27 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai telah terjual setakat jam 12 tengah hari tadi.

Timbalan Pengarah SPR Johor, Mohammad Zaidad Abu Samat berkata, borang pencalonan tersebut dibeli oleh 10 pihak terdiri daripada parti politik dan individu namun enggan mendedahkan nama parti berkenaan.

"10 pihak ( parti politik utama dan individu) telah membeli borang pencalonan ( SPR) dan boleh dikatakan mereka itu adalah parti politik utama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohammad Zaidad berkata, tiga pihak yang membeli borang pencalonan tersebut telah membayar deposit pilihan raya sebanyak RM10,000.

Pada 24 Oktober lalu SPR ketika taklimat pengurusan PRK Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian, Mohammad Zaidad mendedahkan hanya 6 enam borang pencalonan dijual setakat tarikh tersebut bermula dari 8 Oktober lalu.

Berhubung persiapan menghadapi PRK Tanjung Piai pada 16 November ini katanya, latihan kepada 992 petugas yang bertugas di semua 28 pusat mengundi termasuk undi awal telah selesai dilakukan sebelum ini.

"Hari ini juga ada penyelarasan bersama Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh bagi kawalan PDRM ke atas pergerakan penyokong ke dewan penamaan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pada 2 November ini.

"Esok akan ada taklimat penyelarasan bersama parti dan pihak yang umum hendak bertanding di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.

Artikel Berkaitan:

"Persediaan menghadapi kemungkinan banjir juga telah dilakukan. Dari segi aspek keselamatan pula PDRM telah bersedia dengan 1,700 anggota," katanya.