[VIDEO] Ronaldo beri hadiah kasut, tulis surat tentang mimpi

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo menghadiahkan sepasang kasut bola kepada setiap pemain skuad wanita bawah 17 tahun Portugal selepas menewaskan Latvia 4-0 dalam aksi kelayakan EURO 2020.
Pemain-pemain tersebut membaca surat yang ditulis oleh Ronaldo dengan nada yang gembira dan teruja menerima melihat kasut yang diberikan oleh bintang bola sepak dunia terkenal itu.
"Saya menghantar kasut bola Mercurical Speed dengan harapan ia dapat membantu anda mencapai impian anda. Ketika saya masih kanak-kanak, saya seorang yang 'simple' tetapi mempunyai mimpi yang cukup gila. Bukan jenis mimpi ketika kamu sedang tidur. Ini adalah mimpi yang anda sangat mahukan sehingga anda akan terjaga pada waktu malam.
Saya memang mahu menjadi seorang pemain bola sepak terbaik di dunia. Saya dedikasi hidup saya di dalam mimpi, di dalam gim, di padang latihan, saya lakukan segalanya yang perlu supaya menjadi kenyataan.
Jadi, mimpi sangat penting dan lebih penting jika kita bekerja keras untuk mencapainya. Saya sedar mimpi saya dan saya berharap anda juga mampu kecapinya. Jangan teragak-agak untuk mengejarnya.
Jika saya boleh, anda juga boleh lakukannya. Tahniah di atas kelayakan untuk pusingan elit. Kekal fokus dan tumpukan perhatian untuk kejayaan anda seterusnya. Selamat berjaya dan bergembira dengan kasut bola tersebut."
Laporan dailymail.co.uk yang memetik laman rasmi Portugal turut berkongsi video pemain skuad wanita bawah 17 tahun Portugal membacakan surat tersebut yang kini meraih 238,000 tontonan dan rata-rata netizen mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan terbabit.
Mereka juga memuji Ronaldo yang memberi kasut tersebut kepada mereka yang dapat menyunting semangat kepada mereka untuk melakukan kemenangan.
https://www.instagram.com/tv/B4IbgdNnouv/
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Misi Sukan Olimpik Los Angeles 2028: Azizulhasni tunggu keputusan KBS, MSN
19 Ogos 2026 12:20amCOO FIFA dipecat selepas kritikan terhadap Infantino
18 Ogos 2026 01:02pmAnak Kelantan harumkan nama Malaysia di pentas dunia
18 Ogos 2026 10:08amLarian eksklusif buat wanita di Dataran Merdeka
18 Ogos 2026 09:30amIsteri polis menangis teresak-esak, rayu hukuman ringan
18 Ogos 2026 01:24pmPekerja binaan jumpa emas bernilai RM42.3 juta
18 Ogos 2026 02:17pmPaip pecah: Gangguan bekalan air jejas 50,000 akaun pengguna
18 Ogos 2026 03:12pm- Iklan -- Iklan -
