Indonesia sekat akses media sosial ketika darurat

Tindakan menyekat akses media sosial diambil bagi mengelakkan perkara negatif tersebar.
Tindakan menyekat akses media sosial diambil bagi mengelakkan perkara negatif tersebar.
A
A
A

JAKARTA - Kementerian Komunikasi dan Maklumat Indonesia akan menyekat akses media sosial ketika darurat, menurut Menterinya, Johnny G Plate.

Johnny berkata, kementeriannya tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil pendekatan sedemikian ketika berlakunya keadaan kecemasan di negara itu.

"Jangan mulakan topik sensitif jika anda tidak mahu sekatan dilaksanakan. Ia juga adalah satu-satunya pilihan ketika darurat yang jelas boleh membahayakan orang ramai," katanya.

Meskipun mengakui tindakan menyekat akses media sosial melanggar hak sivil namun Johnny menjelaskan ia hanya dilakukan buat sementara waktu.

"Perlembagaan menghormati kebebasan bersuara. Sekatan akan dikenakan apabila keadaan mendesak. Tujuan kami adalah untuk mengurangkan penyebaran perkara negatif," katanya.

Sekatan seperti itu dikenakan buat pertama kalinya ketika darurat oleh bekas Menteri Komunikasi, Rudiantara semasa rusuhan pasca pilihan raya pada Mei sebelum dilaksanakan sekali lagi semasa protes di Papua Ogos lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: