[VIDEO] Pekerja pam minyak dendang lagu sambut pelanggan

Seorang pekerja di sebuah stesen minyak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi memiliki suara merdu persis seorang penyanyi sebenar.
Seorang pekerja di sebuah stesen minyak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi memiliki suara merdu persis seorang penyanyi sebenar.
A
A
A

BANDAR BARU BANGI - Video seorang pekerja di sebuah stesen minyak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi di sini tular apabila dia menghiburkan pelanggan dengan nyanyian merdunya persis penyanyi sebenar.

Menyanyikan lagu Kembali Merindu daripada penyanyi Zamani Slam, video itu dimuat naik di Facebook Ann Iswara mencuri perhatian netizen.

"Ceria, ceria je. Katanya semua lagu pandai nyanyi," tulis Ann Iswara merujuk kepada pekerja berkenaan.

Video berdurasi 1 minit 30 saat itu memaparkan seorang pekerja di sebuah stesen minyak sedang menyanyi menghiburkan pelanggan.

Difahamkan ia adalah salah satu konsep layanan pekerja pam minyak tersebut untuk menghiburkan pelanggan yang tiba.

Netizen yang mengenali pekerja tersebut menyifatkan dia memiliki suara yang sedap dan boleh diketengahkan dalam bidang nyanyian.

Kata Eh Zyra, "Sedap suara dia."

"Sebiji Zamani," kata Izwan Shahnizah pula.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, mereka juga mendedahkan pekerja tersebut sangat rajin dan ringan tulang membantu pelanggan untuk mengisi minyak.

"Dia ni kalau ayah aku datang nak isi minyak, dia rajin sampaikan nak tolong isikan minyak motor," kata Bell.

Ceria ceria je... Katanya semua lagu pandai nyanyi

Posted by Ann Iswara on Saturday, October 26, 2019