Pusat pemindahan banjir MDKS Desa Coalfields ditutup

Rumah penduduk di daerah Kuala Selangor yang dilanda banjir.
Rumah penduduk di daerah Kuala Selangor yang dilanda banjir.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields yang menempatkan seramai 85 mangsa ditutup hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Hafisham Mohd Noor berkata, PSS itu ditutup pada jam 12.36 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, katanya, tiga lagi PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang, Ijok dan Jaya Setia masih dibuka sehingga jam 3 petang ini.

"Sebuah lagi PPS dibuka iaitu di SK Pasangan menempatkan 117 mangsa daripada 37 keluarga.

"Jumlah keseluruhan mangsa banjir ialah seramai 827 membabitkan 265 keluarga," katanya.

Hafisham berkata, seramai 591 mangsa ditempatkan di SK Parit Mahang, SK Pasangan (117), SK Ijok (72) dan 47 mangsa lagi di SK Jaya Setia.

Artikel Berkaitan: