Polis Australia dibenar tembak mati pemandu rempuh pejalan kaki

Gambar fail menunjukkan anggota polis Australia berkawal di Melbourne. - Foto Reuters
Gambar fail menunjukkan anggota polis Australia berkawal di Melbourne. - Foto Reuters
A
A
A

SYDNEY - Polis negeri Victoria di Australia diberi kuasa 'shoot to kill' (tembak untuk bunuh) bagi menghalang pemandu yang sengaja merempuh pejalan kaki.

Seramai lapan orang terbunuh dan lebih 45 yang lain cedera dalam tiga serangan seumpama itu di bandar Melbourne, yang juga ibu negeri Victoria sejak tahun 2017.

Polis Victoria berkata, anggotanya perlu mengambil tindakan tegas dalam menangani serangan menggunakan kenderaan termasuk merempuh kenderaan terbabit dan menembak pemandu.

Timbalan Komisioner, Shane Patton berkata, pihak polis mempunyai kuasa untuk menghentikan serangan termasuk juga ancaman serangan.

"Mereka boleh menggunakan sebarang langkah taktikal sedia ada dan dasar tersebut mengatakan polis boleh menggunakan kekerasan," kata Patton kepada wartawan di Melbourne.

Namun Patton memaklumkan adalah amat penting untuk memberi penjelasan kepada anggota polis tentang tindakan yang boleh diambil.

"Kita tidak mahu menunggu sehingga kenderaan merempuh sekumpulan orang, kita mahu menghalangnya sebelum ia berlaku," kata Patton.

Dasar baharu yang berkuat kuasa serta-merta itu merupakan yang pertama seumpamanya di Australia.- AFP

Artikel Berkaitan: