MOA fokus, dengar permasalahan agropreneur muda

Salahuddin ketika menurunkan tanda tangan di bola sebelum perlawanan futsal persahabatan antara pasukan MOA dan agropreneur muda. Foto: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Salahuddin ketika menurunkan tanda tangan di bola sebelum perlawanan futsal persahabatan antara pasukan MOA dan agropreneur muda. Foto: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
A
A
A

PONTIAN - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin menyantuni agropreneur muda dalam program bersama komuniti sempena lawatan kerja beliau ke Pekan Nanas dan Kukup di sini Sabtu lalu.

Program bermula dengan Tze Tzin mengiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub meraikan golongan muda selain menyertai perlawanan futsal persahabatan antara pasukan kementerian itu dan agropreneur muda.

Dalam program walkabout tersebut, Tze Zin melawat pengusaha pusat jualan hasil produk pertanian dan menyerahkan bantuan peralatan kepada pengusaha kerepek pisang tanduk serta makanan ringan.

Beliau kemudian beramah mesra bersama 30 agropreneur muda dalam sesi Teh Tarik bagi mendengar permasalahan dan perkongsian maklumat berkaitan keusahawanan.

Mengikut rekod, seramai 281 agroprenuer muda di negeri ini menerima Geran Agropreneur Muda (GAM) berjumlah RM5.1 juta bagi tempoh Januari 2016 hingga 1 Mei 2019.

13
13

14
14

Artikel Berkaitan:

18
18

15
15

17
17

16
16