41 PPS sedia hadapi kemungkinan banjir

Kampung Limau Kasturi antara salah satu kawasan berisiko banjir.
Kampung Limau Kasturi antara salah satu kawasan berisiko banjir.
A
A
A

GUA MUSANG - Sebanyak 41 pusat pemindahan sementara (PPS) diwartakan di daerah ini bagi menghadapi kemungkinan banjir mulai bulan hadapan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah, Mohd Yussalmi Yusoff berkata, jumlah berkenaan termasuk PPS yang baharu diwartakan iaitu Kem Etnobotani Gua Musang, selain memberitahu turut menerima tambahan bot dan lori untuk urusan pemindahan mangsa banjir.

Dalam masa sama, pihaknya turut meminta kira-kira 10,000 penduduk di 30 kawasan mudah dinaiki air berjaga-jaga ketika berdepan situasi musim tengkujuh.

"Taburan hujan di daerah ini masih di tahap yang terkawal meskipun ada beberapa kawasan mula hujan.

"Kita mengenal pasti 30 kawasan yang mudah dinaiki air antaranya di Kampung Kundur, Batu Papan, Batu Enam, Bertam Lama, Kerinting, Sungai Terah dan Pulau Setelu, Limau Kasturi, Bandar Lama, Kuala Sungai, Pasir Linggi, Pos Pulat, Miak dan kawasan Sungai Galas serta Sungai Lebir.

"Penduduk dinasihatkan agar lebih peka dengan keadaan sekeliling dan mematuhi arahan pemindahan bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

Artikel Berkaitan: