X

Kindly register in order to view this article
!

PRK Tanjung Piai: Amanah sokong calon diumumkan esok

Salahuddin berucap merasmikan Hari Perikanan: Road To Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Pusat Perdagangan Pontian di sini hari ini. -Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A

PONTIAN - Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong penuh calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang akan diumumkan esok.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, terdahulu senarai nama calon PH diserahkan kepada Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, Pengerusi PH Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon yang diputuskan pimpinan PH pada jam 2 petang esok.

"Dari segi calon, kita telah mengadakan perbincangan dan akhirnya kita bersetujulah siapa pun calon yang akan diumumkan esok.

"Amanah tidak ada apa-apa masalah dan kita akan memastikan dan kita bekerja kuat untuk kemenangan PRK ini. Saya telah bergerak dan membantu jentera sejak seawal lagi dan menubuhkan bilik-bilik gerakan. Amanah menjadi anggota parti yang benar-benar komited untuk kemenangan calon PH," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan perasmian Hari Perikanan: Road To Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Pusat Perdagangan Pontian, di sini hari ini.

Salahuddin berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin bagi membincangkan bentuk bantuan dan sumbangan Amanah bagi memperkukuhkan jentera PH.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: MB, bekas MB Johor calon PH di Tanjung Piai?


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!